SELAMAT DATANG DAN MARILAH BELAJAR BERSAMA-SAMA SAYA

Semoga anda pelawat blog saya akan mendapat manfaat daripada blog rekaan saya.

Khamis, 18 November 2010

Selamat Menyambung kuliah

Semoga kita semua pelajar PGSR tabah dan meneruskan perjuangan untuk mengenggam segulung ijazah.

Alamak Susah juga nak membuat bloog ini.

Sampai lupa waktu tidur dan makan. Maklumlah PGSR memang mencabar para guru.

Jumaat, 25 Jun 2010

Cari Makna dan Bina Ayat

Terbaru!!!

Cari makna perkataan di bawah kemudian bina ayat menggunakan perkataan tersebut.

1. tutuh
2. persis
3. cukin
4. totok
5. obsesi
6. manjur
7. duha
8. murba
9. padung
10. ropol


"Kebetulan cikgu rajin hari ini Raza dan Farah"
Buat menggunakan test pad. Hantar pada hari Rabu minggu hadapan. Selamat berhujung minggu.

Khamis, 17 Jun 2010

Kepenatan Yang Berbaloi


Setelah seharian belajar membuat blog akhirnya saya berjaya. Hari ini dalam sejarah. Pengalaman yang cukup berharga. Ku panjatkan kesyukuran kerana menjadi pelajar PGSR di kala peralihan usia ini semakin matang. Terima kasih Dr K. Lepas ini bolehlah saya menghantar tugasan kepada anak didik saya melalui blog ini. Hebat mahasitua PGSR BM.

Tugasan Baru


Bina sebuah karangan autobiografi yang bertajuk " Aku Sebuah Komputer"


Sila hantar kepada saya pada hari Isnin nanti. Buat tidak kurang dalam 80 patah perkataan. Terima kasih.

Hebat PGSR BM

Masing-masing sibuk membuat blog. Ramai yang masuk kelas pemulihan juga.

Rabu, 16 Jun 2010

Syoknya membuat blog

Kawan kawan syok membuat blog masing-masing sehingga terlupa menyalakan lampu.